|

Perkhidmatan Perpustakaan Dewasa menyediakan perkhidmatan peminjaman khusus untuk pengguna yang berumur 21 tahun keatas.
TUJUAN
- Menggalakkan orang ramai untuk menggunakan perpustakaan.
- Melebarkan dan penggalakkan penggunaan bahan perpustakaan.
- Menyediakan khidmat nasihat.
- Menyediakan bahan dan maklumat umum, penerangan dan rekreasi.
KEAHLIAN
Terbuka kepada orang ramai berumur 21 tahun keatas.
PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN
- Pengguna perlu membawa kad ID ketika mebuat sebarang urusan di kaunter perkhidmatan.
- Pengguna dibenarkan meminjam 5 naskhah buku pada satu masa dalam tempoh dua minggu.
- Proses peminjaman boleh dibuat dimana-mana cawangan perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Perpustakaan Bergerak.
- Semua buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
- Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya keatas semua bahan yang dipinjam.
- Buku yang hilang atau rosak hendaklah diganti dengan buku yang sama atau dengan wang tunai.
- Pengguna hendaklah melaporkan sebarang kehilangan kad ID atau pertukaran alamat secepat mungkin ke kaunter perkhidmatan.
TIKET HILANG/ROSAK DAN TUKAR ALAMAT
Setiap ahli hendaklah melaporkan tiket hilang/rosak dan pertukaran alamat.
TEMPAHAN
Pengguna adalah dibenarkan membuat sebarang tempahan buku sehingga 5 buah dengan mengisikan borang yang disediakan. Buku yang ditempah akan disimpan di kaunter perkhidmatan sehingga 7 hari dari tarikh tempahan mula dibuat. Buku yang ditempah jika tidak dituntut dalam tempoh 7 hari setelah menerima makluman adalah dibatalkan.
|