|

Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah menawarkan perkhidmatan untuk kegunaan penuntut-penuntut sekolah,Maktab dan institusi di Negara Brunei Darussalam. Perkhidmatan Sekolah disediakan khusus bagi para pelajar/pengguna dengan koleksi yang lebih memfokuskan kepada bahan pembelajaran dan panduan menghadapi peperiksaan.
TUJUAN
- Menggalakkan pelajar/pengguna datang ke perpustakaan dan menggunakan bahan bacaan yang berbentuk pembelajaran.
- Sebagai garispandu dan membantu pelajar/pengguna dalam menghadapi peperiksaan.
KOLEKSI
- Kertas Soalan Peperiksaan GCE 'A' Level.
- Kertas Soalan Peperiksaan GCE 'O' Level.
- Kertas Soalan Peperiksaan BJCE.
- Kertas Soalan PMB.
- Kertas Soalan PSR.
- Kertas Soalan STPU.
- Kertas Soalan Peperiksaan Calon Sekolah Arab.
- Kertas Soalan Peperiksaan Agama.
Perkhidmatan ini juga menyediakan buku-buku yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah.
PENGGUNA
- Terbuka kepada pelajar/pengguna yang mengambil peperiksaan PSR, PMB, GCE O Level, GCE A Level, STPU, SSRA dan peperiksaan pemilihan calon ke sekolah Arab.
- Keahlian bagi perkhidmatan ini tidak ada dikhususkan, jadi keahlian dari perkhidmatan yang lain boleh digunakan untuk meminjam bahan-bahan di Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah.
PERKHIDMATAN
- Menyediakan bahan mengikut sukatan pelajaran yang mengandungi soalan dan jawapan sebagai panduan.
- Menganjurkan ceramah menghadapi peperiksaan.
- Perkhidmatan salinan/fotostat dikenakan dengan bayaran 10 sen sekeping (A4).
PINJAMAN
-
Ahli Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dibolehkan meminjam bahan yang terdapat di Perkhidmatan Sekolah.
-
5 unit bahan boleh dipinjam pada satu masa dalam tempoh dua minggu.
-
Semua bahan yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
-
Ahli adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada bahan yang dipinjam.
-
Bahan yang terdapat di perkhidmatan Perpustakaan Sekolah boleh dipinjam dengan tempoh:
- 3 hari untuk bahan Kertas Soalan
- 14 hari untuK bahan buku
BUKU TEKS
- Pelajar/pengguna yang hendak membawa buku teks persendirian dikehendaki mengisi borang kebenaran yang disediakan di kaunter peminjaman.
- Pelajar/pengguna yang membawa buku teks hendaklah menyerahkan buku-buku mereka untuk pemeriksaan sebelum masuk dan keluar dari Perpustakaan.
|