|
SEJARAH PENUBUHAN
Perhentian Pertama bagi Perpustakaan Bergerak ialah ke Sekolah Rendah Sengkurong pada 6 Jun 1970. Pada masa ini Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah mempunyai 4 buah bas bergerak yang memberi perkhidmatan ke sekolah-sekolah di seluruh negara.

TUJUAN
-
Menyokong dan mendokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjaga kepentingan dan menggalakkan masyarakat celik ilmu pengetahuan.
-
Memasyarakatkan budaya membaca di kalangan masyarakat Brunei.
-
Membudayakan masyarakat mesra perpustakaan.
-
Melestarikan pembelajaran sepanjang hayat.
-
Ke arah melahirkan masyarakat Brunei yang berilmu, bermaklumat dan berpengetahuan.
SYARAT DAN TANGGUNGJAWAB PEMOHON
-
Pemohon hendaklah menghadapkan permohonan secara bertulis kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
-
Pemohon hendaklah membuat persediaan bagi majlis pelancaran (peruntukan kewangan, aturcara, persembahan dan sebagainya).
-
Pemohon dikehendaki mendapatkan borang keahlian sebelum majlis pelancaran.
-
Pemohon dikehendaki melantik pengawas/penyeleras yang bertanggungjawab berurusan dengan pihak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
-
Pemohon hendaklah menyediakan tempat yang bersesuaian bagi perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.
-
Pihak sekolah bertanggunjawab memastikan semua bahan dikembalikan sebelum sijil berhenti sekolah diberikan kepada pelajar berkenaan.
-
Pemohon adalah bertanggungjawab memastikan semua bahan dikembalikan.
-
5 tiket ahli diberikan bagi peminjaman 5 bahan dalam satu masa. Tiket ahli boleh digunakan di semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
-
Borang keahlian kanak-kanak perlu ditandatangani oleh ibubapa/penjaga dengan menyertakan salinan surat beranak dan salinan kad pintar ibubapa/penjaga.
-
Bagi keahlian dewasa dan muda-mudi dikehendaki menyertakan salinan kadi pintar.
-
Pemohon adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada bahan yang dipinjam.
KEAHLIAN
Keahlian adalah PERCUMA.
Dewasa Berumur 21 tahun ke atas
Muda-Mudi Berumur 12 hingga 20 tahun
Kanak-Kanak Berumur 12 tahun ke bawah
TIKET HILANG/ROSAK DAN TUKAR ALAMAT
Setiap ahli hendaklah melaporkan tiket hilang/rosak dan pertukaran alamat.
PEMULANGAN
- Kesemua bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
- Sila pulangkan bahan yang telah dipinjam ke Van Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.
- Semasa Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ditutup (cuti penggal persekolahn atau cuti hari kelepasan awam) hendaklah mengembalikan bahan yang dipinjam ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang berdekatan.
PERPUSTAKAAN YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI
- Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong menjadi pusat perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di seluruh kawasan Daerah Brunei Muara. Jumlah Sekolah yang menerima perkhidmatan ini di Daerah Brunei Muara adalah sebanyak 28 buah sekolah (catatan sehingga bulan Mei tahun 2012).
- Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Seria adalah pusat bagi perkhidmatan Perpustakaan bergerak di kawasan Belait dan juga Tutong. Setakat ini Perkhidmatan perpustakaan bergerak cawangan Seria memberi khidmat kepada 14 buah sekolah.
- Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong juga memberikan perkhidmatan ini ke 10 buah sekolah di kawasan daerah Temburong .

PUSAT-PUSAT PERHENTIAN
- Sekolah Rendah Beribi Telanai
- Sekolah Rendah Pulaie
- Sekolah Rendah Panchor Murai
- Sekolah Nusa Laila Puteri Beribi
- Sekolah Rendah Amar Pahwalan
- Sekolah Rendah Pengkalan Batu
- Sekolah Al Falaah TMM
- Sekolah Rendah OKBI Subok
- Sekolah Rendah Lumapas
- Sekolah Iqra
- Sekolah Rendah Kg. Mata-Mata
- Sekolah Rendah Putat
- Sekolah Rendah OKSB Kilanas
- Sekolah Rendah Bebuloh
- Sekolah Rendah Bengkurong
- Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar
- Sekolah Nusa Laila Puteri Kampong Sungai Buloh
- Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak
- Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang
- Sekolah Tadika Jaya Datin Hajah Malai Rogayah
- Sekolah Rendah Dato Marsal, Lambak Kanan
- Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthom Al-Islam, Kg. Mulaut
- Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nutuul Bulqiah, Kilanas (Pagi/Petang)
- Sekolah Rendah Rimba II, Brunei III
- Sekolah Kesuma Mekar
- Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik, Kampung Kupang Tutong
- Sekolah Ugama Kampung Kasat
- Sekolah Rendah Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja Kupang, Tutong
- Sekolah Rendah PSB SOAS, Kuala Belait
- Sekolah Rendah Panaga
- Sekolah Rendah Labi
- Sekolah Rendah Sungai Teraban
- Sekolah Rendah Merangking
- Sekolah Rendah OKPB Bukit Sawat
- Sekolah Rendah Sungai Liang
- Sekolah Rendah Lumut
- Sekolah Rendah Sungai Tali
- Sekolah Rendah Danau
- Sekolah Rendah Tumpuan Telisai
- Sekolah Persediaan Arab Kuala Belait
- Sekolah Kindycare Kuala Belait
- Sekolah Rendah Perpindahan Kampung Bukit Beruang, Tutong II
- Sekolah Rendah Selangan
- Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi
- Sekolah Rendah Amo
- Sekolah Rendah Piasau-Piasau
- Sekolah Rendah Puni
- Sekolah Rendah Labu Estate
- Sekolah Rendah Kenua
- Sekolah Rendah Negalang
- Sekolah Rendah Semabat
- Sekolah Suria Jaya
|