|

PENGENALAN
Perkhidmatan ini disediakan khusus bagi agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha untuk menanamkan tabiat suka dan gemar membaca dikalangan segenap golongan masyarakat di negara ini.
TUJUAN
Antara tujuan Perkhidmatan Sistem Peminjaman Kelompok ini ialah :-
- Mendokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjaga kepentingan dan menggalakkan masyarakat celek ilmu pengetahuan.
- Memberikan kesedaran kepada segenap golongan masyarakat akan kepentingan membaca.
- Kearah melahirkan dan mengujudkan masyarakat Brunei yang berilmu pengetahuan dan bermaklumat.
- Melestarikan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.
SYARAT-SYARAT PEMINJAMAN
Syarat-syarat peminjaman bagi perkhidmatan ini adalah seperti berikut :-
- Setiap peminjam adalah dimestikan untuk menjadi ahli kepada Perkhidmatan Perpustakaan Dewasa atau Muda-Mudi, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Peminjam hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang dipinjamnya dengan memastikan bahan-bahan tersebut dalam keadan baik dan sempurna semasa peminjaman dibuat dan semasa pemulangan bahan.
- Sebanyak 100 – 200 buah buku boleh dipinjam dalam tempoh masa 2 minggu.
- Tatacara pemilihan buku yang hendak dipinjam hendaklah dilakukan sendiri oleh para peminjam.
- Peminjam adalah dipertanggungjawabkan untuk membayar buku yang hilang ataupun rosak mengikut harga buku tersebut atau menggantinya dengan tajuk buku yang sama semasa dalam tempoh peminjaman.
|