Skip to:Bottom
|
Content
KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

 

Ruang Bacaan

Ruang bacaan disediakan untuk tujuan menggalakkan pengguna untuk membaca dan melihat bahan perpustakaan yang diinginkan tanpa meminjamnya (kegunaan di dalam perpustakaan sahaja). Kemudahan ini disediakan disemua perkhidmatan perpustakaan di seluruh negara.


Akses Internet

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka menawarkan kemudahan internet secara percuma untuk ahli perpustakaan yang berdaftar. Pengguna yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak perpustakaan. Maklumat dan prosedur penggunaan kemudahan ini boleh diperolehi di kaunter perpustakaan.

kemudahan2


Akses Wi-Fi

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan perkhidmatan akses tanpa wayar (Wi-Fi) di semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di ke empat-empat daerah secara percuma.

 

Kemudahan Fotokopi

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan mesin fotokopi berbayar. Kemudahan ini boleh diperolehi di Perkhidmatan Perpustakaan Dewasa dan di Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat. Mesin ini boleh digunakan sendiri ataupun dengan pertolongan kakitangan yang bertugas. Kad Fotokopi boleh dibeli dari kakitangan yang bertugas dikaunter dengan harga $7.00 sekeping bagi seratus unit manakala $12.00 sekeping bagi dua ratus unit.

 

kemudahan3


Almari Berkunci

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan almari berkunci untuk pengguna perpustakaan. Kunci almari boleh didapati dari kaunter perkhidmatan. Walaubagaimanapun pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan harta-benda. Pengguna haruslah memastikan sendiri loker yang digunakan berkunci pada setiap masa.

kemudahan4

kemudahan5

 

Go to:Top of Page