|
-
Pengguna tidak dibenarkan makan, minum, merokok, menyalakan gores api atau berludah di mana-mana bahagian perpustakaan.
POLISI PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN PERPUSTAKAAN
-
Jika pengguna hendak meminjam bahan/buku koleksi perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah mendaftar sebagai AHLI PERPUSTAKAAN terlebih dahulu.
-
Borang akan diberi kepada yang berminat dan hendaklah diisi dengan lengkap, jika tidak lengkap permohonan tidak akan dilayan.
-
Borang hendaklah dikembalikan bersama:-
- Bagi pemohon warganegara Brunei hendaklah disertakan bersama SALINAN Kad Pintar (i/c) / Surat Beranak pemohon sahaja.
- Bagi pemohon bukan warganegara Brunei (luar negara) hendaklah disertakan bersama SALINAN Kad Pintar (i/c) / Surat Beranak Pemohon dan SALINAN Kad Pintar Penjamin (Guarantor).
-
Setiap pemohon dengan sendirinya menjadi AHLI PERPUSTAKAAN. Setiap ahli akan diberi 1 ID KAD untuk dijadikan paspot peminjaman dan pemulangan.
-
Setiap kali membuat peminjaman dan pemulangan, hendaklah dibawa bersama ID KAD tersebut.
-
Hanya pemegang ID KAD sahaja yang dibenarkan membuat peminjaman. Tidak dibenarkan menggunakan ID KAD orang lain.
-
Ibu bapa yang hendak membuat peminjaman untuk kanak-kanak hendaklah membawa bersama ID KAD kanak-kanak tersebut. Tidak dibenarkan menggunakan ID KAD Ibu Bapa atau Penjaga.
-
Ahli Kanak-kanak hanya dibenarkan meminjam BUKU KANAK-KANAK dengan menggunakan ID KAD Kanak-kanak tersebut.
-
Ahli Muda-mudi dan Dewasa dibenarkan meminjam BUKU MUDA-MUDI dan DEWASA tetapi tidak dibenarkan meminjam buku kanak-kanak.
-
Setiap Ahli akan diberi peminjaman buku sebanyak 5 buah.
-
Jika ahli sudah meminjam buku di Perpustakaan Pusat (BSB) sebanyak 5 buah, tidak dibenarkan lagi meminjam di kesemua cawangan perpustakaan. Kecuali dipulangkan dulu buku yang dipinjam tersebut.
-
Peminjaman buku kanak-kanak, muda-mudi dan dewasa hanya diberikan selama 2 minggu. Jika gagal mengembalikan buku tersebut akan diberi peringatan.
-
Pengguna yang ingin membuat tempahan (booking) buku perpustakaan, hendaklah menebusnya (mengambilnya) tidak lewat 2 minggu dari tarikh menempah. Jika gagal, buku yang ditempah akan dibatalkan. Jika ingin membatalkan tempahan hendaklah dimaklumkan segera samada melalui telepon atau berjumpa terus di kaunter.
-
Pengguna / Ahli Perpustakaan hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Jika ada pengguna/Ahli yang mencurigakan pihak perpustakaan berhak mengeluarkan pengguna/ahli tersebut dari perpustakaan ini.
|