Skip to:Bottom
|
Content
Imbasan Kembali Sejarah dan Perkembangan Perpustakaan

 

Tarikh penting dalam perkembangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

  • 1963

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan seperti kebenaran dan surat keliling Setiausaha Kerajaan bil. 36/1962, Seksyen 4(1-d-ii). Perpustakaan ini berpusat sementara di Bangunan Jabatan Pelajaran sebagai rujukan sahaja.

  • 1 Jun 1963

Awang Kamaruddin bin Haji Omar, dari Malaysia dilantik sebagai Pegawai Perpustakaan.

  • 1 Januari 1965

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei diisytiharkan menjadi sebuah institusi kerajaan. 

  • 29 September 1965

Peletakan batu asas bangunan baru Dewan Bahasa dan Pustaka disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien

  • 24 Ogos 1967

Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei , Jalan Elizabeth II mula digunakan. Perkhidmatan perpustakaan dibukakan bagi pegawai dan kakitangan jabatan sahaja sebagai peringkat permulaan.

  • 29 September 1968

Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Jalan Elizabeth II dibuka rasmi oleh Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha Shahibul Rae’ Wal-Mashuarah Pengiran Muda Haji Mohd. Alam.

  • 1968

Miss Thelma T. Salazar dari negara Filipina di lantik sebagai Ketua Perpustakaan.

  • 21 November 1968

Bahagian perpustakaan memulakan perkhidmatan kepada orang ramai dan menggunakan bahan sebagai rujukan sahaja.

  • 6 Jun 1970

Perpustakaan Bergerak memulakan perkhidmatan pertamanya di Sekolah Rendah Sengkurong.

  • 8 Ogos 1970

Pelancaran perkhidmatan Perpustakaan Bergerak pertama di Kampong Sengkurong oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Laila Wangsa Awang Mohd Salleh Bin Haji Masri, Pesuruhjaya Masyarakat.

  • 1 September 1971

Memulakan perkhidmatan peminjaman kepada pengguna. Beberapa perkhidmatan telah disediakan melalui penubuhan perpustakaan iaitu Perkhidmatan Peminjaman, Perpustakaan Rujukan dan Perpustakaan Bergerak. Mulai tarikh ini, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei memainkan peranan utama sebagai sebuah Perpustakaan Awam yang pertama di negara ini.

  • 14 Julai 1975

Cawangan Perpustakaan di Bandar Kuala Belait ditubuhkan di Tingkat Dua, Bangunan di Dewan Masyarakat, Jalan Bunga Raya, Kuala Belait ( bekas bilik bacaan, Jabatan Penyiaran dan Penerangan).

  • 1 September 1975

Cawangan Perpustakaan Tutong ditubuhkan di Jalan Enche Awang, Pekan Tutong (bekas  bangunan bilik bacaan, Jabatan Penyiaran dan Penerangan).

  • 8 Disember 1975

Cawangan Perpustakaan Temburong ditubuhkan di Bangunan Kedai Pekan Bangar, Temburong   ( bekas bangunan bilik bacaan, Jabatan Penyiaran dan Penerangan ).

  • 12 Februari 1977

Cawangan Perpustakaan Seria ditubuhkan di Jalan Bunga Melor, Seria ( bekas bangunan bilik bacaan, Jabatan Penyiaran dan Penerangan).

  • 16 Februari 1978

Cawangan Perpustakaan Temburong berpindah sementara ke seberang sungai, Bangar Baru.

  • 19 Jun 1986

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Daerah Belait dibuka rasmi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna Binti Kebawah DYMM Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Jeneral Sir Muda Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien.

  • 8 Oktober 1988

Pelancaran “ Sistem Peminjaman Kelompok” di Sekolah Rendah Kampong Saba Darat.

  • 23 Mei 1989

Cawangan Perpustakaan Temburong Perpustakaan berpindah sementara ke Kompleks Kedai Bumiputera Temburong.

  • 1989

PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN

  • PENTADBIRAN
  • PEROLEHAN
  • KATALOG
  • PEMINJAMAN
  • LANJUTAN
  • PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN MAKLUMAT
  • 1990

Brulinet ditubuhkan.

  • 28 Feb 1990

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Cawangan Seria dibuka rasmi oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Selamat Bin Munap, Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan .

  • 21 Jul 1992

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Daerah Tutong dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah Ibn Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien.

  • 1993

Cawangan Perpustakaan di Daerah dinaikan Taraf Sebagai Perpustakaan Daerah.

  • 22 Jul 1993

Bangunan Baru Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong dibuka perkhidmatan kepada orang ramai.

  • 13 Mei 2004

Peletakan Batu Asas Perpustakaan Muara, Dewan Bahasa dan Pustaka di sempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Di Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan .

  • 26 Jul 2004

Peletakan Batu Asas Perpustakaan Pandan, Daerah Belait, Dewan Bahasa dan Pustaka di sempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Di Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

  • 8 Disember 2005

Pembukaan rasmi Perpustakaan Muara, Dewan Bahasa dan Pustaka di sempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

  • 19 Disember 2005

Perletakan Batu Asas Perpustakaan Lambak Kanan, Dewan Bahasa dan Pustaka disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 3 Mei 2006

Pembukaan rasmi Perustakaan Kampong Pandan, Daerah Belait, Dewan Bahasa dan Pustaka disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 22 November 2006

Perletakan Batu Asas Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampong Sengkurong disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.     
  • 18 Mac 2008

Pembukaan rasmi Perustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 23 Mac 2008

Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Mendaram Besar, Labi II, Mukim Labi, Belait Oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad bin Haji Abd. Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 5 Jun 2008
Majlis Penyerahan dan Menepung Tawar Bas Baru Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

  • 4 Ogos 2008

Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Sibut, Temburong oleh Yang Mulia Dr. Mataim bin Bakar, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 24 Ogos 2008
Jubli Perak Peraduan Mari Bercerita Peringkat Negara, Tetamu Kehormat , Yang Mulia Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
  • 20 Mei 2009
Majlis Pengurniaan Buku daripada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong.
  • 9 Jun 2009
Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Amo, Temburong oleh Yang Mulia Awang Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Temburong.
  • 13hb. Mei 2010
Lawatan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan.
  • 15hb. Mei 2010
Lawatan Yang Mulia Awang Haji Morni bin Haji Mohammad, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong.
  • 7hb. Jun 2010
Lawatan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pembangunan Negara Brunei Darussalam ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan.
  • 30hb. Jun 2010
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan sempena Majlis Penyempurnaan Penganugerahaan Anak-anak kunci Rumah Di Bawah Rancangan Perumahan Negara dan skim Tanah kurnia Rakyat Jati Kampung Rimba, Kampung Tungku dan Kampung Madang bagi Daerah Brunei Muara.
  • 16hb. Disember 2010
Pelancaran Sudut Bacaan Balai Ibadat Dayang Hajah Aminah, Kampung Long Mayan, Tutong telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
  • 29hb. Januari 2011
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka di Sekolah Kesuma Mekar, Kampung Rimba Gadong oleh Yang Mulia, Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha bin Pengiran Metassan, Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Kesuma Mekar
  • 12hb. Februari 2011
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka di Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik, Jalan Kerakas Payau, Kampung Kupang, Tutong. Majlis disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Roslan bin Haji Suhaili, Penolong Pengarah, Komandant Pusat Al-Islah Biro Kawalan Narkotik.
  • 15hb.Mac 2011
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka di Sekolah Ugama Kasat telah disempurnakan oleh Yang Mulia, Ustazah Hajah Hinah binti Haji Saban, Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei IV, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
  • 16hb. Januari 2012
Majlis Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Kampung Semabat, Temburong disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam
  • 17hb. Januari 2012
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Sekolah Rendah Perpindahan Kampong Bukit Beruang II, Zon Tutong II oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nortijah binti Haji Mohd. Hassan, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
  • 18hb. Februari 2012
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Sekolah Rendah Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja Kupang, Tutong 1 telah dilancarkan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
  • 10hb. Mac 2012
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Sekolah Rendah Rimba II, Brunei III telah dilancarkan oleh Yang Mulia Pengiran Sarah binti Pengiran Haji Kamaluddin, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
  • 26hb. Mac 2012
Lawatan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 23hb. April 2012
Pelancaran laman sesawang Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Hari Buku Sedunia oleh Yang Mulia Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka bertempat di Balai Pameran Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan.
  • 15hb. Mei 2012
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Sekolah Kindycare, Jalan Maulana Kuala Belait telah dilancarkan oleh Yang Mulia Awang Haji Sahari bin Haji Nassar, Ketua Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.


 

 
 

 

 

Go to:Top of Page