Skip to:Bottom
|
Content
SOALAN-SOALAN LAZIM

 


 

Bolehkah saya membawa bahan perpustakaan keluar tanpa kad ID Perpustakaan?

J: Tidak, pengguna hendaklah membawa kad ID perpustakaan ketika membuat sebarang urusan di kaunter perkhidmatan.

 


Saya telah kehilangan kad ID saya, bagaimana saya hendak menggantinya?

J: Untuk membuat kad ID yang baru, pengguna hendaklah menunjukkan bukti pengenalan dengan menunjukkan Kad Pengenalan pintar atau Paspot.

 


Berapakah jumlah bahan perpustakaan yang dibenarkan untuk dipinjam pada satu masa?

J: Pada masa ini, pengguna dibenarkan untuk meminjam 5 buah bahan perpustakaan dalam satu masa. Bahan yang dipinjam hendakah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan.

 


Bolehkah saya membaharui peminjaman melalui telefon?

J: Tidak, bahan perpustakaan yang dipinjam hendaklah di bawa ke perpustakaan untuk membaharui peminjaman.

 


Bolehkah saya meminjam bahan sumber media?

J: Tidak, bahan sumber media tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan. Ianya hanyalah untuk kegunaan di dalam perpustakaan sahaja.

 


Saya ada meminjam buku dari Cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehkan saya memulangkannya di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang lain?

J: Semua perpustakaan daerah dan cawangan di bawah Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku yang dipinjam dari cawangan lain boleh dipulangkan di mana-mana cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

 

 

Go to:Top of Page